Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman itu berlansung, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu, terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih sebagai bukit bahawa tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Sebelum Mahsuri dibunuh beliau sempat mengungkapkan "Ayuhai Dato' dengarlah pesanan hamba. Jika Dato membunuh hamba matilah hamba, tetapi kerana hamba tidak berdosa, mati hamba membawa padah. Berpuakalah Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur sampai tujuh keturunan". Mahsuri dikebumikan dikawasan rumahnya di kampung Mawat. Kuburnya digelar "Keramat Darah Putih".
MAKAM MAHSURI DI LANGKAWI
No comments:
Post a Comment