Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antarnya kawasan Kilim geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.
Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradsi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan " Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langsau" yang diasakan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskritiaitu "Lang" (keindahan) dan "Wi' (tidak terkira)
![]()
MERCU TANDA LANGKAWI
|
PETA LANGKAWI |
Search This Blog
Wednesday, July 11, 2018
Langkawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertua...
-
Pulau Langkawi meruapakan pulau bebas cukai. Ini bermakna harga barang-barang disini jauh lebih murah dibandingkan harga barang di lu...
-
Pantai Cenang merupakan salah satu pantai yang menarik dan bersih serta menjadi tumpuan ramai dan daya tarikan kepada pelancong-pelancong y...
No comments:
Post a Comment