Pulau Langkawi meruapakan pulau bebas cukai. Ini bermakna harga barang-barang disini jauh lebih murah dibandingkan harga barang di luar sana. Salah satu tempat yang boleh semua rakyat membeli belah jika ke Langkawi ialah Kompleks Haji Ismail Gorup (HIG). Haji Ismail Gorup tidak sinonim lagi namanya serta menjadi perbualan ramai para pelancong seantero dunia jika datang bercuti ke Langkawi. Haji Ismail Group telah membuka banyak cawangan-cawangan di Langkawi kerana telah mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan terutaman sekali kepada penggemar coklat.
Perniagaan Haji Ismail adalah merupakan syarikat perniagaan bumiputera yang menjalankan aktivit mengimport dan mengeksport barangan bebas cukai di Pulai Langkawi. Di antara barangan yang diimport adalah Pinggan Mangkuk, Kelengkapan Dapur, Coklat, Bagasi, Batik, Pelikat Tuala dan sebagainya.
Jualan yang dilakukan adalah secara runcit dijalankan melalui anak syarikat iaitu Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd. Terdapat 5 buah kedai di sekitar Bandar Kuah bagi memastikan kuantiti dan kualiti bekalan yang diimport mencukupi serta memenuhi citarasa pengguna. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan lagi penguasaan perniagaan di seluruh Pulau Langkawi.
Jadi, saya sarankan kepada anda semua bolehla pergi ke kedai-kedai tersebut bagi tujuan membeli belah. Kebiasaanya orang ramai akan mencari coklat dan kelengkapan dapur disini. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan kerana syarikat ini menguruskan sendiri import dan eksport barang dari luar.
- Alamat : Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah.
- Waktu Operasi: 10.00 a.m-10.00 p.m
- Facebook : Haji Ismail Group
- Website : www.hajiismailgroup.com.cmy
- Peta Lokasi :
Gambaran dalam kompleks Haji Ismail group
No comments:
Post a Comment