Pantai Cenang merupakan salah satu pantai yang menarik dan bersih serta menjadi tumpuan ramai dan daya tarikan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Langkawi, Malaysia. Bentangan pasir putih sepanjang dua kilometer dengan jajaran pohon kelapa yang melambai nampak serasi dengan birunya air laut. Panorama ini mampu menghipnotis siapa saja yang berkunjung ke sini. Bukan hanya keindahannya saja, Pantai Cenang pun sudah memiliki pelbagai kelengkapan yang cukup lengkap.
Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di pantai ini, antaranya ialah berjalan menyusuri pantai, berjemur, bermain bola tampar pantai, berenang, snorkling, bermain banana boat, jet ski, menyaksikan matahari terbenam dan lain- lain lagi. Jika anda ingin menikmati pemandangan pantai, kita boleh duduk di tepi pantai tesebut sambil menikmati pelbagai menu yang ditawarkan oleh berbagai-bagai kafe, bar mahupun restoran yang terdapat di sepanjang pantai tersebut. Jika anda ingin lebih rileks, anda bolehla mencuba spa and massage khas di Pantai Cenang. Pelbagai jenis penginapan telah disediakan berdekatan pantai tersebut. Pada waktu malam boleh mengambil angin malam di pantai tersebut sambil menyaksikan orang bermain api serta lagu-lagu yang telah dimainkan oleh DJ tersebut.
Penginapan
Beberapa penginapan terdekat antara lain adalah Meritus Pelangi Beach Resort, Best Star Resort, Langgura Baron Resort, Grand Beach Motel serta Casa del Mar Hotel dan lain- lain lagi
Restaurant
Sedangkan untuk beberapa restoran terdekat antara lain Backofen Restaurant serta Beach Garden Resort Bistro & Beer Garden.
No comments:
Post a Comment