Nasi Dagang Pak Malau merupakan di antara menu makanan yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Pulau Langkawi. Walaupun baru saja beroperasi sekitar 3 tahun yang lalu, Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik sarapan pagi di Langkawi. Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan macam-macam lagi.
Jom kita pi tengok apa tempat menarik di Nasi Dagang Pak Malau.
Lokasi strategik Nasi Dagang Pak Malau menjadi satu lagi daya tarikan utama di sini. Terletak di jalan utama menuju ke Makam Mahsuri, setiap pengunjung yang lalu di jalan ini pasti tidak akan terlepas pandang kedai makan Pak Malau yang direka berkonsepkan rumah kampung moden. Tiada yang lagi indah selain dapat melihat sawah padi serta pemandangan kampung ketika sedang menjamu selera di sini. Nasi Dagang Pak Malau ni dibuka seawal jam 8pagi tetapi dengar katanya dalam jam 10-11 pagi kebanyakkan lauk dah habis. Jadi kalau nak datang ke sini, saya memang sarankan datanglah awal.
Kesemua menu-menu tambahan ini menjadikan Nasi Dagang Pak Malau sungguh istimewa bukan saja buat pelancong bahkan penduduk tempatan. Rasa nasi dagangnya sungguh sedap dan lembut. Masakan daging kerutupnya memang betul-betul sedap sehingga terasa ingin menghirup pula kuahnya yang pekat seakan-akan rendang. Selain pilihan ayam daging, Pak Malau juga menyediakan pilihan ayam kampung yang dimasak kari ataupun goreng. Kat sini lauk yang paling diminati adalah Kurma Kambing. Bagi yang biasa makan dengan ikan tongkol pula jangan risau sebab lauk wajib nasi dagang ni mestilah ada.
2.KAK YAN NASI CAMPUR
Jika anda semua bercuti ke Langkawi, mesti pernah dengar kedai nasi campur paling popular iaitu Kak Yan Nasi Campur. Restoren ini memang popular sama ada penduduk tempatan atau penduduk luar. Jika sesiapa yang selalu ke Langkawi sebut saja Kak Yan memang dah tau dah kat mana dan kesedapan serta keaslian masakan yang tidak terkata.
Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi
Restoran Kak Yan Nasi Campur
Restoran yang terbaik menjanjikan “Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati” Nampak cuma kedai biasa, khabarnya kedai tidaklah seperti hotel 5 star. Tapi tarikan utama kedai tersebut adalah hidangan yang disediakan untuk juadah tengahari dengan pelbagai menu istimewa dan yang paling utama harga murah dan berpatutan.
Fakta Menarik Mengenai Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi Yang Wajib Tahu
Kedai Dibuka dari jam 9.00Pagi sehingga 4.00 petang
Dibuka setiap hari
Terletak berhampiran Bendang padi yang nyaman dan tenang
Hidangan adalah dari pelbagai juadah kampung yang mempunyai banyak pilihan.
Air yang tersedia ada, cuma korang perlu tambah ais sahaja.
Air suam/ Air kosong adalah PERCUMA
Pelbagai jenis ulam-ulam dan sambal pencicah
Kemudahan tempat parking disediakan
Ada juga buah-buahan dan pelbagai aneka pengat sebagai pencuci mulut